♡Bonjour!♡
♥Assalamualaikum :)♥
![]() ![]() ♡Blog Archive♡
♥My List of Unprivate Diary♥ Puisi hati
Room is my house
Kisah paderi masuk Islam
Jalanku
The day you went away
Kisah cinta kita
my beloved mommy
Bahasa Inggeris
Mencipta karangan
Saat Mata Melihat
♡Tagboard♡
♥Footprints here!♥ ♡Credits to♡ ![]() ![]() ![]()
| Skrip : Along
SINOPSIS
Sebuah cerita
yang mengisahkan tentang
seorang anak yang
diberi gelaran Along
kerana merupakan anak
sulung di dalam
keluarga. Along telah disahkan
menghidap penyakit kanser
yang kronik dan
telah berda di
tahap kritikal. Kelalaian doktor
dalam mengesan penyakit
Along telah menyebabkan
nyawa Along berada
di ambang maut. Along
yang merupakan seorang
anak yang mendengar
kata dan merupakan
seorang kakak yang
sabar tidak pernah
mengeluh atau mengaduh
akan kesakitan yang
ditanggung olehnya sepanjang
rawatan ke atasnya
dijalankan. Adi dan Mazura
yang merupakan ibu
dan ayah Along
tidak pernah berhenti
mencari ikhtiar untuk
menyelamatkan anak mereka. Meskipun mereka
dicaci dan dihina,
demi nyawa anak
yang dibela selama
tujuh belas tahun
itu harus diperjuangkan. Adi yang
tidak pernah jemu
bercerita akan alam
akhirat kepada Along
sudah melengkapkan dirinya
dengan persediaan kematian
yang bakal dialami
oleh anaknya pad
bila-bila masa sahaja
apabila doktor pakar
yang merawat Along
telah mengingatkan akan
keadaan Along yang
sudah tidak ada
harapan lagi untuk
hidup. Adi yang hanya
bekerja sebagai Penyelia
Projek disebuah syarikat
swasta sudah tidak
mampu lagi untuk
menanggung segala bayaran
ubat-ubatan yang diperlukan
Along untuk mengawal
sel-sel kanser dari
terus membiak. Along yang
merupakan anak yang
solehah akhirnya menghembuskan
nafasnya yang terakhir
pada hari Jumaat,
dengan lafaz dua
kalimat syahadah berserta
meminta keampunan kepada
kedua ibu bapanya.
BABAK 1
Kelihatan
seorang gadis remaja
yang berusia tujuh
belas tahun sedang
menggosok baju-baju sekolah
miliknya dan adik-adiknya
serta baju kemeja
milik ayahnya. Sesekali peluh
menitik di dahi
diseka lembut. Dengan penuh
kasih sayang dihalakan
seterika jenama Panasonic
itu ke kiri
dan ke kanan. Keheningan lewat
tengah malam itu
sesekali menggamit rasa
kurang enak di
hati apatah lagi
dia yang berseorangan
di ruang tamu
rumah teres satu
tingkat itu. Sedang yang
lain sedang enak
dibuai mimpi, Along masih
meneruskan tugasnya sebagai
seorang kakak sulung
dan anak kepada
Mazura dan Adi. Mulut
ditutup tanda mata
sudah mengantuk. Tenang Along
menyangkut kesemua baju-baju
yang sudah siap
digosoknya. Along berjalan ke
dapur untuk minum
ubat batuk, sudah
hampir sebulan batuknya
berlanjutan dan masih
belum sembuh, meskipun
berkali-kali ke klinik
kerajaan, jawapan doktor
tetap sama, Along
cuma batuk biasa
sahaja. Along memadamkan kesemua
lampu dan berlalu
ke bilik. Dipandang seorang
demi seorang adik-adiknya
yang masih kecil. Dikucup dahi
mereka dengan lembut. Lalu
Along melabuhkan tubuhnya
di sebelah adik-adiknya.
Tilam yang tidak
berkatil itulah menjadi
tempat tidur buat
mereka adik beradik.
Keesokan paginya
mata Along seakan
berat untuk dibuka,
kepalanya terasa berdenyut-denyut. Hingus yang
meleleh keluar dari
hidungnya diseka menggunakan
sapu tangan yang
memang tersedia di
atas tilamnya. Kedengaran Aini,
adiknya yang ketiga
merengek di ruang
tamu. Namanya dipanggil dengan
nada marah. Along bingkas
bangun dari pembaringannya dan
menerpa ke arah
adiknya yang sedang menangis
dalam keadaan badannya
yang diselimuti tuala
mandi.
AINI : Along ! Kenapa tak
gosok baju sekolah
Aini ?! Along jahat ! Saje
je kan nak
bagi Aini pergi
lewat ke sekolah
kan ?! Along nak
suruh cikgu marah
Aini kan ?! Baju
Angah, Kak Chik
dengan ayah boleh
pula Along gosokkan. Along tak
sayang Aini !
ALONG : Along
bukannya sengaja tak
nak gosok baju
Aini semalam. Along tak
perasan baju Aini
tak ada semalam. Along minta
maaf. Takpelah, biar Along
gosokkan sekarang. Masih sempat
lagi ni.
Along bingkas
bangun dan mencapai
baju sekolah kepunyaan
Aini, adiknya yang
ketiga yang kini berada
di darjah lima. Dengan
tenang Along menggosok
baju Aini dan
Aini tidak berhenti
menyalahkan Along atas
kelambatannya menggosok baju
sekolah. Aini merengus geram. Along
menghulurkan baju sekolah
milik Aini dengan
senyuman, namun dibalas
dengan jelingan. Aini mencapai
baju sekolahnya dengan
kasar. Tiada sedikit pun
senyuman terukir dibibirnya
buat seorang kakak
yang telah berpenat
lelah menggosok bajunya. Dia
masih dengan perasaan
amarahnya. Along menggeleng lemah.
MAZURA : Along
! Kenapa muka pucat
je tu ? Demam
lagi ke ? Bulan
ni dah banyak
kali Along demam. Tak
boleh jadi ni
macam ni. Abang !!! (MENJERIT)
Saat Along
ingin membuka mulut
untuk menjawab, ibunya
itu terlebih dahulu
menjerit memanggil ayahnya
yang sedang bersiap-siap
ke pejabat.
ADI : Apa
yang kecoh-kecoh ni
ibunya ? Terkejut abang. Nasib
baik abang takde
lemah jantung. Along ! Kenapa
tak siap-siap lagi
ni ke sekolah
? (MEMANDANG KE ARAH
ALONG)
Along yang
ingin menjawab soalan
ayahnya sekali lagi dipotong oleh
ibunya. Angah, Kak Chik
dan Aini sudah
lengkap berpakaian sekolah
berjalan melepasinya menuju
ke arah ibu
dan ayah mereka
untuk bersalam lalu
berlalu keluar rumah
menuju ke sekolah
dengan menaiki basikal
masing-masing. Manakala adik bongsunya,
Aishah masih lena
di dalam buaian.
MAZURA : Hish
! Abang ni tak
nampak ke muka
Along tu pucat
? Masuk bulan ni
dah lima kali
demam Along asyik
pasang surut dah
macam air laut
dah. Abang bawa along
pergi klinik dulu
sebelum pergi kerja
ye.
Mazura mendekati
Along sambil menatap
wajah pucat anaknya
itu. Jelas kelihatan yang
Along dalam keadaan
lemah. Hati keibuannya merasakan
ada sesuatu yang
tidak kena pada
anaknya.
ADI : Abang
dah lewat nak
pergi kerja ni. Abang
tinggalkan kereta, awak
pergi dengan along
ye. Abang pergi kerja
dengan kawan abang.
Saat kaki
Adi mahu berlalu
pergi, Mazura membidas
tegas.
MAZURA : Abang
ni kan ! Yang
mane penting ? Kerja
atau anak kita
yang sedang sakit
ni ?! (MARAH)
ADI : Eh
! Awak ni
kenapa sensitif sangat. Saya
ni nak pergi
kerja bukan nak
berjoli. Takkan semua hal
awak nak mengharapkan
saya ? Nak hantar
anak pergi klinik
pun nak tunggu
saya juga ke
yang uruskan ? Susahlah
macamni kalau awak
tak tolong saya. Dengan
kerja yang berlambak
dekat pejabat tu.
Along mula
tidak senang duduk
apabila melihat ibu
dan ayahnya bertengkar
hanya kerana dia. Along
mengetap bibir dan
mahu menghentikan pergaduhan
itu. Akhirnya Along bersuara.
ALONG : Ayah,
ibu... Janganlah bertengkar pagi-pagi
ni lagi. Along okay lah ibu. Demam
sikit je ni. Kalau
ibu tak boleh
nak hantar Along
pergi klinik. Kita tunggu
sampai ayah balik
kerja petang ni
ye ibu ?
Ibu mengeluh
berat lalu dia
berlalu ke dapur
mengambil dua biji
panadol dan segelas
air. Ayah hanya memandang
ibu sambil menggeleng
kepala lalu mengatur
langkah ke kereta. Hati
Along berdetik, begini
kah sikap orang
dewasa yang sentiasa
ego meskipun sedar
akan kesilapan masing-masing
? Andai aku dah
dewasa kelak, aku
tidak mahu hatiku
dikuasai oleh ego.
MAZURA : (MUNCUL
DARI DAPUR) Along,
makan ubat ni
lepas tu pergi
tidur. Tak payah tolong
ibu buat kerja
hari ini ye.
Along mengangguk
sambil tersenyum. Disambut huluran
ibunya dengan hati
yang senang. Lega kerana
memiliki ibu yang
penyayang seperti ini. Di
sudut ruang tamu
yang agak lenggang
pagi itu, Along
menempatkan dirinya di
atas sofa yang
menghadap kepada televisyen. Along melabuhkan
badannya di situ. Kepala masih
terasa berdenyut meskipun
panadol sudah ditelan.
BABAK 2
Angin bertiup sepoi-sepoi
bahasa. Petang yang tenang. Di
sebuah hospital kerajaan. Di
dalam sebuah bilik
yang dihuni oleh
seorang doktor muda
yang sedang melayani
kerenah keluarga pesakitnya. Kelihatan suasana
yang agak tegang
sedang berlaku.
DOKTOR : Jantung
anak puan dan
tuan nampak macam
lain ni. Jantung di sebelah
kiri beliau bengkak. Beginilah, saya
akan buat appointment
untuk anak tuan
dengan doktor pakar. Ia
mengambil masa hampir
tiga bulan untuk
menguruskan appointment ni.
ADI : Tiga
bulan ?!! Jantung anak
saya dalam keadaan
macamni, masih lagi
perlu menunggu selama
tiga bulan ?! Doktor
tak nampak ke
keadaan anak saya
sekarang ?! (MARAH)
DOKTOR : Bawa
bertenang tuan. Saya hanya
menjalankan tugas saya
apa yang saya
mampu.
Adi mendengus
marah lalu terus
mengajak isteri dan
anaknya keluar dari
bilik itu tanpa
mengucapkan kata terima
kasih. Mazura menangis teresak-esak
mendengar khabar yang
sungguh tidak disangka
itu. Along tenang di
sisi ibu dan
ayahnya. Along yakin dia
masih mempunyai peluang
untuk hidup. Sesekali Along
mengetap bibir. Mereka bertiga
berjalan ke kereta
yang di parkir
bersebelahan dengan hospital
tersebut. Along melihat wajah
tegang ayahnya. Perasaan terharu
menyentuh sanubarinya.
BABAK 3
Di dalam
bilik, Along menyapu
minyak angin ke
dadanya. Pada malam itu
Along tidak dapat
tidur dengan lena. Batuknya semakin
menjadi-jadi. Sesekali
nafasnya turun naik. Sesak
di dada hanya
bisa ditanggung oleh
Along. Adi dan Mazura
tidak senang duduk
melihat anak gadis
kesayangan mereka yang
berada dalam keadaan
yang tidak selesa. Mereka yang
pada mulanya mendengar
batukan Along yang
tidak henti-henti dari
dalam bilik bergegas
ke bilik Along
untuk melihat keadaan
Along.
MAZURA : Macammane
ni abang ? Makin
teruk saya tengok
keadaan Along ni. Risau
saya !
ADI : Esok
pagi saya ambil
cuti. Kita bawa Along
ke klinik panel. Malam
ni awak teman
kan Along tidurlah. Tidur kat
ruang tamu. Takut sesak
kat dalam bilik
ni. Nanti saya hamparkan
tilam.
Mazura mengangguk
lemah. Meskipun badan Along
terasa lemah, dia
tetap beraksi seperti
orang sihat. Along tidak
mahu ayah dan
ibunya terlalu risau
akan keadaannya. Adi berlalu
ke dalam bilik
dan mengambil tilam
lalu dihamparkannya di
tengah-tengah ruang tamu rumah mereka. Along
menuruti langkah ibunya. Dilabuhkan badannya
di sebelah ibunya. Mazura setia
menunggu sehingga mata
Along terpejam.
BABAK 4
Along dibawa
ke klinik swasta
dan selepas menerima
rawatan beliau terus
dihantar ke Hospital
Tawakal. Di Hospital Tawakal,
doktor pakar mengarahkan
Along untuk dibedah
secepat mungkin kerana
keadaan jantung Along
telah dikelilingi air
sehingga ke lapisan
ketiga. Pada petang itu
juga, Along ditemani
ayahnya, Adi masuk
ke dalam bilik
pembedahan. Along ditebuk di
bahagian bawah dadanya
untuk mengeluarkan air
dari dalam jantungnya. Selepas pembedahan
selamat dijalankan. Keadaan Along
semakin baik. Batuk Along
juga sudah semakin
berkurang. Selepas dibuat beberapa
ujian, doktor telah
mengesahkan bahawa Along
menghidap kanser di
pangkal jantung (cancer
lymphoma). Kos rawatan yang
terlalu tinggi dan
insurans di bawah
syarikatnya tidak mampu
untuk menanggung kos rawatan tersebut
menyebabkan Adi terpaksa
meminta pihak hospital
memindahkan Along ke
hospital kerajaan, Pusat
Perubatan Universiti Malaya. Pada
malam itu Along
meraung kesakitan yang
amat sangat. Selepas Along
diberi rawatan, doktor
pakar memanggil Adi
untuk berjumpa.
DOKTOR : Anak
tuan dalam keadaan
kritikal. Kanser beliau sudah
berada di tahap
empat. Maafkan saya, beliau
sudah tidak ada
harapan. Saya harap tuan
dapat menerima segala
yang dah tertulis
dengan redha. Kos rawatan
bagi penyakit ini
sangat tinggi. Pembiayaan bagi
setiap kemoterapi sahaja
sudah mencecah RM5000. Pihak
hospital tidak menanggung
kos bagi kemoterapi
tersebut kerana kami
hanya menanggung kos
ubat-ubatan yang biasa
sahaja. Saya harap encik
dapat bersedia dari
segi mental dan
fizikal mengenai kos
bagi rawatan penyakit
ini. Ia mencecah ribuan
ringgit.
ADI : (MENGHEMBUS
NAFAS PERLAHAN) Baiklah
doktor. Saya faham. Terima kasih
doktor.
Adi mengusap
mukanya perlahan. Berkira di
dalam hatinya, di
mana aku nak
mencari duit bagi
menampung kos rawatan
anak aku ini. Adi
berjalan perlahan menuju
ke arah wad
yang di mana
Along ditempatkan.
BABAK 5
Adi dan Mazura menunggu
giliran mereka untuk
berjumpa dengan Pegawai
Kebajikan Hospital. Setelah nama
mereka dipanggil, mereka
beriringan masuk ke
dalam sebuah bilik.
ADI DAN
MAZURA :Assalamualaikum.
(TERSENYUM) Selamat Pagi
Puan.
PEGAWAI
KEBAJIKAN HOSPITAL
: Waalaikummussalam. Selamat
Pagi Puan, Tuan. Silakan duduk.
Boleh saya bantu
?
ADI : Ye
saya. Terima kasih. Saya
nak memohon bantuan
kewangan bagi rawatan
anak saya yang
menghidap kanser di
pangkal jantung.
PEGAWAI KEBAJIKAN
HOSPITAL : Boleh saya
dapatkan slip gaji
tuan dan beberapa
dokumen lain ?
Adi menghulurkan
beberapa dokumen yang
diselitkan di dalam
sampul surat berwarna
putih. Pegawai tersebut menyambut
huluran Adi dan
meneliti setiap dokumen
yang ada. Matanya sinis
memandang mereka berdua
yang sedang duduk
di hadapannya. Ditelitinya pakaian
yang dipakai oleh
Mazura yang baginya
sangat kemas.
PEGAWAI KEBAJIKAN
HOSPITAL : Bekerja sebagai
supervisor pun masih
tak mampu nak
membiayai kos rawatan
? Gaji pun dah
beribu ringgit. Hmm, masih
mampu nak pakai
emas lagi ke
? (SENYUM SINIS)
MAZURA : Kami
ni kalau mampu
dah lama tak
datang ke sini
untuk meminta bantuan,
menagih simpati untuk
menerima bantuan sehingga
harus menadah telinga
mendengar kutukan sebegini
rupa. Takkan emas asli
dengan emas palsu
pun Puan tak
dapat nak bezakan
? Kalau emas asli
dah lama habis
saya gadaikan Puan. Kalau
harus ditunjukkan resit
kedai pajak pun
kami boleh bagi
Puan. Kalau sepuluh orang
lah yang perangai
macam Puan ni
yang hanya pandai
menilai orang dari
luaran sahaja, ramailah
yang hidup melarat
kat luar sana. Dah
lah abang, tak
guna kita merayu
lagi. Lebih baik mengemis
di tepi jalan
dari telinga harus
menadah kutukan dari
orang sebegini.
Mazura menyapu
perlahan pipinya yang
sudah dibasahi air
mata. Adi termenung. Dia masih
berharap agar permohonannya
diterima. Adi menanti jawapan
dari mulut pegawai
tersebut dengan sabar.
PEGAWAI KEBAJIKAN
HOSPITAL : Maafkan saya,
saya tidak dapat
meluluskan permohonan tuan
dan puan. (BERKATA DENGAN
ANGKUH)
ADI : Baiklah. Terima kasih
Puan atas kerjasama
yang diberikan. (KECEWA)
Adi dan
Mazura bingkas bangun
dan terus beredar
dari situ tanpa
menoleh ke belakang
lagi.
BABAK 6
Petang itu
Along bersendirian di
dalam wad, tidak
ditemani ibu. Along menyeka
perlahan air mata
yang mengalir di
pipinya. Tangannya menarik rambutnya
yang kian gugur. Kepalanya yang
hampir botak dipandang
sepi. Dia menahan sakit
pada mulut dan
lidahnya yang pecah
akibat kesan daripada
kemoterapi. Along memandang makanan
yang terdapat di
atas meja kecil
yang berada di
sebelah katilnya. Dia tidak
mampu lagi untuk
mengunyah dan menelan
makanan itu. Sudah setahun
dua bulan berlalu,
selama itu juga
lah dia menanggung
derita penyakit ini. Along
yang kini berada
di Hospital Besar
Kuala Lumpur atas
bantuan kawan Adi
yang juga merupakan
seorang doktor psikologi
yang bernama Doktor
Azmah atas kerana
masalah kewangan. Adi masuk
ke dalam perkarangan
wad Delima yang
didiami oleh anaknya. Dia
menuju perlahan ke
arah katil Along. Dilihatnya Along
sedang termenung jauh.
ADI : Assalamualaikum Along. (TERSENYUM MESRA)
ALONG : Waalaikummussalam Ayah. (MEMBALAS SENYUMAN
DALAM KESAKITAN SAMBIL
MENGHULURKAN TANGAN UNTUK
BERSALAM) Ayah sihat ?
ADI : Alhamdulillah Along,
Ayah sihat. Along, kenapa
termenung panjang ni ?
Along masih fikirkan
tentang penyakit Along
ni ke ?
ALONG : (TERSENYUM
LEMAH) Along tahu ajal
along dah sampai
ayah.
Adi menarik
kerusi menghampiri katil
Along agar lebih
selesa bercerita dengan
anaknya itu. Sedikit sebanyak
hatinya merasa sebak
mendengar kata-kata Along.
ADI : Along… Dengar sini
sayang. Meskipun doktor mengatakan
bahawa Along sudah
tidak ada harapan,
andai itu tidak
tersurat maka ia
takkan berlaku. Mungkin dalam
doktor yang sedang
bercakap mengenai ajal
Along ni tiba-tiba
ayah yang pergi
dulu. Dalam dunia ni,
tidak ada seorang
manusia pun yang
akan terselamat dari
kematian. Tak kira siapa
pun. Doktor yang merawat
Along tu pun
akan mati. Cuma kita
sebagai hamba Allah
wajib menerima qada
dan qadarnya. Kalau ayah
tahu yang Along
nak mati sekalipun,
andai ayah bawa
lari along sejauh
hujung dunia pun,
ayah tetap tidak
mampu menghalang along
dari mati. (TERDIAM SEKETIKA) Andai Along
pergi dulu pun
tak apa, Along
jangan risau. Ayah akan
menyusul Along di
sana kelak. Mungkin Allah
timpakan Along dengan
ujian ini untuk
membersihkan dosa-dosa Along.
Adi meneruskan
ceritanya mengenai alam
akhirat kepada Along.
Andai ini tiba
masa Along untuk
pergi, dia mahu
anaknya itu mempunyai
bekal di akhirat
sana. Along mendengar dengan
khusyuk setiap apa
yang diceritakan oleh ayahnya. Sesekali Along
menatap wajah ayah
dengan penuh rindu. Andai
ini saat terakhirnya…
BABAK 7
Awal pagi
yang tenang di wad Delima. Tanggal 6
Ramadhan bersamaan 1421
Hijrah. Wajah Along tampak
ceria pagi itu. Along
segera menggamit Adi
untuk diajak berbual.
ALONG : Ayah,
bila along dah
tiada nanti, abah
tolong sampaikan pesanan
Along ni kepada
semua ye. Pesan kepada
adik-adik yang Along
sayangkan mereka. Jangan pernah
sesekali tinggalkan solat,
jaga aurat dalam
berpakaian dan jaga
agama dengan baik. Kirim
salam buat semua
kawan-kawan ayah yang
banyak tolong Along. Kirim
salam buat semua
ahli keluarga kita,
sepupu, sedara dan
semua yang pernah
datang melawat Along. Katakan pada
mereka yang Along
minta maaf dan
minta mereka halalkan
makan minum Along
ye ayah. (TERSENYUM MESRA)
ADI : (MULA
MERASAKAN SESUATU) Insya Allah
ye sayang. Akan ayah
cuba sampaikan setiap
pesanan Along itu. Terima
kasih Along sebab
dah jadi anak Ayah.
Ayah bangga pernah
menjadi ayah kepada
Along. Along ingat pesanan
Ayah, andai saat
itu tiba, jangan
lalai dan tergoda
akan hasutan syaitan. Jangan lupa
pada Allah ye
sayang. Dari Dia kita
datang dan kepada
Dia juga kita
kembali.
Along membalas
kata-kata ayah dengan
senyuman yang penuh
makna. Kepalanya dianggukkan perlahan.
BABAK 8
Tepat jam 12.20 tengah
hari, 6 Ramadhan
bersamaan 1421 Hijrah,
sedang para lelaki
sedang bersiap-siap hendak
menunaikan solat Jumaat,
Along tiba-tiba tenat
dipembaringannya. Semua ahli keluarga
terdekat berkumpul mengelilingi
katil Along. Adi dan
Mazura berada di
kiri dan kanan
Along. Dipeluknya Along dari
belakang. Along meminta disuakan
air zam-zam ke
mulutnya. Disedutnya
perlahan-lahan. Hampir
sebotol air zam-zam
diminum oleh Along.
ALONG : Ya
Allah Ya Tuhanku, Kau
ampunkanlah segala dosaku. Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.
Tiba-tiba Along
diam dan tidak
bersuara. Matanya yang tertutup
rapat menyebabkan mereka
yang lain menganggap
bahawa Along sudah
pergi. Tiba-tiba Along bersuara.
ALONG : Ayah… Along
minta maaf ye. Ampunkan
segala dosa Along. Halalkan makan
minum Along.
AYAH : Ayah
ampunkan segala dosa
Along ye sayang. Ayah
halalkan makan minum
Along selama abah
hidup bersama along. Ayah
pun minta maaf
atas segala salah
ayah selama ayah
menjaga Along.
ALONG : Along
ampunkan Ayah. Ibu, Along
minta ampun ye. Ampunkan
segala dosa Along. Halalkan segala-galanya ye
ibu. Halalkan makan minum
Along.
IBU : Ye
sayang. Ibu ampunkan segala dosa
Along. Ibu halalkan makan
minum Along. Ibu halalkan
setiap titik susu
ibu pada Along.
Along tersenyum. Along menutup
matanya rapat. Sehinggalah beberapa
saat kemudian, nadi
Along sudah berhenti
dari berdenyut lagi. Kelihatan birai
mata Along yang
basah diseka oleh
ayah. Dahi Along dikucup
lembut. Tepat Jam 12.35
tengah hari Along
pergi buat selama-lamanya.
TAMAT
![]() |