//Simple is better

♡Bonjour!♡
♥Assalamualaikum :)♥



♡WELCOME to MY UNPRIVATE DIARY ! ƪ(˘⌣˘┐) (┌˘⌣˘)ʃ . You've stuck in my unprivate diary right now. Be nice here or i call My Superman kill you !( ̄ε ̄)

MyLifeIsn'tCompleteWithout: ❤MUHAMAD AZRIN GHAZALI❤


Daisypath Anniversary tickers
♡Blog Archive♡
♥My List of Unprivate Diary♥


Malaysia is an Islamic country
Review of The Expendables 2
Skrip : Along
Puisi hati
Room is my house
Kisah paderi masuk Islam
Jalanku
The day you went away
Kisah cinta kita
my beloved mommy

♡Tagboard♡
♥Footprints here!♥



♡Credits to♡

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Siti Suhaini

❤Punca undang-undang syariat tidak dapat dilaksanakan di Malaysia❤

                                                 Pendahuluan

-islam sebagai agama yang lengkap dan merangkumi seluruh aspek kehidupan pastinya mempunyai sistem perundangan sendiri.
-sejarah tanah melayu membuktikan perundangan islam dilaksanakan oleh pemerintah islam.
-antara undang-undang islam terawal termasuk undang-undang Melaka,undang-undang Pahang,undang-undang kedah dan beberapa undang-undang negeri ditanah melayu.


       Punca undang-undang syariat tidak dapat dilaksanakan di Malaysia

-campur tangan inggeris didalam pemerintahan islam sewaktu zaman penjajahan telah mengubah beberapa undang-undang islam dengan islam dengan digantikan pemakaian kanun jenyah negeri-negeri selat dan meluas dipakai di seluruh negeri.
-corak hidup islam diakulturasikan dengan prinsip-prinsip inggeris dengan perlaksanaan undang-undang inggeris
-setelah mencapai kemerdekaan,,kedudukan islam ditentukan oleh perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan bahawa islam adalah agama rasmi persekutuan.sehubungan itu,beberapa keutamaan telah diberikan kepada islam oleh perlembagaan seperti menetapkan  yang di-pertuan agong selamanya orang islam,bantuan kewangan untuk meninggikan syiar islam dan menyekat serta mengawal penyebaran agama lain kepada kepada orang islam.akan tetapi,pengiktirafan agama islam sebagai agama rasmi tidak member ruang yang luas kepada perlaksanaan undang-undang berasakan persekutuan dan setiap undang-undang hendaklah disesuaikan dengan kehendak perlembagaan.


     Kuasa  pentadbiran undang-undang islam negeri

                  -Majlis agama islam dan adat istiadat melayu.

·         Bidang kuasa majlis ini merangkumi kuasa melupus atau  memiliki harta benda,menguruskan baitulmal,memungut zakat dan fitrah,membuat kontrak dan memegang amanah serta mengeluarkan fatwa.

-mahjlis hal ehwal islam
·         Berfungsi sebagai penyelaras dari segi pentadbiran hal ehwal agama islam di Malaysia.sehubungan itu,beberapa buah pentadbiran jawtan kuasa telah dibentuk dengan hasrat untuk mencapai keseragaman dan meninggikan tahap kecekapan aktiviti agama islam di seluruh negara.

                 -Mahkamah syariah

·         Fungsi utama penubuhan mahkamah syariah adalah untuk membicara atau memutuskan kes-kes yang di peruntukkan oleh enakmen dan bidang kuasanya terbatas kepada perlaksanaan undang-undang diri terhadap orang islam sahaja dan terbatas kepada peruntukkan perlembagaan.

                 -Jawatan kuasa rayuan

·         Sebuah jawatan kuasa rayuan mempunyai kuasa untuk menetap,menarik balik keputusan perbicaraan mahkamah,menjalankan tugas mengikut bidangkuasa seperti mana yang dilakukan oleh sesuatu perbicaraan,mengeluarkan perintah atau perintah ulang bicara dalam perkara sivil.dalam perkara jenaya pula,mereka boleh membatalkan sabit kesalahan,membatal atau mengurangkan hukuman ,atau memerintah sesuatu ulang bicara.


Rumusan

Secara keseluruhanya,perundangan islam di Malaysia masih lagi jauh untuk mencapai tahap kesempurnaan seperti yang diperuntukkan oleh islam.bagaimanapun dengan ,dengan perlaksanaan undang-undang islam melalui bidang kuasa mahkamah syariah,elas menunjukkan potensi perlaksanaan perundangan islam di masa hadapan.keadaan ini bukan sahaja disedari oleh para pemerintah,namun juga turut diperbincangkan oleh masyarakat Malaysia.hanya masa dan keadaan yang akan menentukan perubahan perundangan islam di Malaysia.


Sumber :
Tajuk buku:perspektif islam di Malaysia

Penulis:-mohd nazri Ibrahim
               -mohd zukifli hussain
               -noraina noraini,et.al.
Terbitan:jabatan pengajian media universiti Malaya & hizbi sdn.bhd
Tahun:1998