♡Bonjour!♡
♥Assalamualaikum :)♥
![]() ![]() ♡Blog Archive♡
♥My List of Unprivate Diary♥ Muzik dalam Persembahan Teater.
❤Punca undang-undang syariat tidak dapat dilaksana...
Malaysia is an Islamic country
Review of The Expendables 2
Skrip : Along
Puisi hati
Room is my house
Kisah paderi masuk Islam
Jalanku
The day you went away
♡Tagboard♡
♥Footprints here!♥ ♡Credits to♡ ![]() ![]() ![]()
| Muzik dalam Persembahan Teater.
Muzik dalam Persembahan Teater
Sejarah
muzik dikatakan bermula hampir seusia
dengan kehadiran manusia moden homo-sapien. Ini bermaksud tiada siapa
yang tahu bila
manusia mula mengenal
seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi beberapa ratus tahun
dahulu
telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia.
Mereka mengatakan otak manusia
lebih pintar daripada
haiwan. Seorang dari mereka telah mendapat idea iaitu dengan mengambil
tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka lalu meniup ke
rongga hingga ia mengeluarkan bunyi.
Selain itu, ada juga yang mendapat inspirasi daripada pemerhatian kepada alam
semulajadi iaitu apabila angin menghembus ke dalam rongga kayu atau buluh dan
kemudian mengeluarkan bunyi. Sehubungan dengan itu, kayu akan dikorek dan
lubang ditiup menjadi flute purba. Pada zaman dahulu manusia dikatakan
meluahkan perasaan takut dan gembira menggunakan suara mereka. Mereka
bermain-main dengan suara dan menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil
daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul untuk
mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka
telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang
mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian
diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, dan di palu
menjadi irama-irama purba.
Teater merupakan istilah dari drama. Namun demikian dalam
pengertian yang lebih luas, teater bermaksud proses pemilihan teks atau naskhah,
penafian, penggarapan, penyajian atau pementasan dan proses pemahaman. Teater
berasal dari kata teatron yang diturunkan dari kata theomai dari bahasa yunani.
Teater juga boleh didefinisikan melalui dua cara iaitu dalam erti sempit dan
luas. Dalam pada itu, pementasan teater merangkumi pergabungan pertuturan,
gerak isyarat, muzik, tarian, bunyi dan sebagainya. Muzik adalah alunan bunyi-bunyian yang dihasilkan
daripada alat muzik. Menurut kamus dewan edisi keempat muzik bermaksud gubahan
bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.
Sehubungan dengan itu, muzik merupakan aspek yang penting dalam sesuatu
pementasan seperti drama mahupun teater. Penggunaan muzik bukan
sahaja dapat menarik
konsentrasi penonton kepada
cerita yang dipersembahkan malah
dapat menarik daya
imaginasi serta mempengaruhi
mereka terhadap cerita
tersebut. Meskipun muzik
merupakan tempat kelima
unsur penting dalam
sebuah pementasan namun
peranan muzik tidak
hanya sebagai pelengkap
dalam sebuah pementasan. Sebuah pementasan
tentu saja berbentuk
audio visual, boleh
didengar dan boleh
dilihat. Ini kerana
sumbangan muzik dalam
sebuah pementasan adalah
sebanyak 50% bahkan
lebih bagi sesebuah pementasan. Jika kita
perhatikan beberapa naskhah
cerita atau drama,
banyak didapati penggunaan
kesan muzik sebagai
penguat "perasaan" sebuah
cerita. Muzik yang baik
dan tepat boleh
membantu pelakon membawa
warna dan emosi
perwatakan sesebuah watak
dalam adegan. Tentunya pengarah
sudah memilih babak-babak yang memerlukan muzik dimainkan
mahupun saat muzik di senyapkan kerana
dalam sesetengah cerita
yang dramatik mempunyai
jenis adegan yang
justeru harus sepi
dari segala macam
kesan bunyi. Muzik teater pula
adalah satu bentuk teater yang menggabungkan lagu, dialog yang dituturkan,
bertindak, dan terdapat unsur tarian
didalamnya. Cerita dan kandungan emosi merupakan sekeping jenaka, yang boleh
merasai kesedihan, cinta, marah yang disampaikan melalui perkataan, muzik,
pergerakan dan aspek teknikal hiburan sebagai keseluruhan bersepadu. Walaupun
teater muzikal bertindih dengan lain-lain bentuk teater seperti opera dan
tarian, ia boleh dibezakan oleh kepentingan sama yang diberikan kepada muzik
berbanding dengan dialog, pergerakan dan unsur-unsur lain kerja. Sejak awal
abad ke-20, muzik teater mempunyai peringkat kerja yang telah umumnya dipanggil
sebagai muzikal. Dalam pada itu, kegunaan muzik yang ketara adalah dalam
persembahan teater banyak dilihat dalam persembahan teater yang berunsurkan
muzikal.
Menurut George M. Cohan, walaupun muzik telah
menjadi sebahagian daripada persembahan dramatik sejak zaman purba moden Barat,
teater muzik telah muncul pada abad ke-19, kemudian memuncak dengan kerja-kerja
Gilbert dan Sullivan di Britain, juga Harrigan dan Hart di Amerika. Ini telah
diikuti oleh komedi Edwardian yang mempunyai pelbagai bentuk muzik dalam
kerja-kerja teater muzikal. Muzikal dilakukan di seluruh dunia. Teater muzikal telah
dipersembahkan sejak berkurun
lamanya. Amerika adalah negara
pertama yang membuat
persembahan dalam muzikal
sejak zaman kolonial
apabila “BALLAD OPERA”
dipersembahkan melalui pelakon-pelakon British. Sejak awal
pengenalan, muzikal di
dalam teater sudah
tidak asing lagi
malah telah dilakukan di
seluruh dunia. Namun begitu,
teater muzikal hanya
boleh dikemukakan di
tempat-tempat yang besar
sahaja, seperti bajet
yang besar West
End dan Broadway
produksi teater di
London dan New
York, atau dalam
teater pinggiran yang
lebih kecil, Off-Broadway
atau serantau produksi
teater, lawatan oleh
kumpulan amatur di
sekolah-sekolah, teater dan
ruang prestasi lain. Di
samping ke Britain
dan Amerika Utara, terdapat
juga adegan teater muzikal di negara
Eropah, Amerika Latin, Australia dan Asia.
Pemilihan bunyi mestilah
tepat dalam pertunjukan
teater kerana ia
sangat penting dalam
mendukung efek bunyi
dan suara. Pengaturan bunyi
yang tepat dan
seimbang haruslah sesuai
dengan keluasan ruang
kerana ia akan
mempengaruhi konsentrasi penonton
untuk menikmati pertunjukan
teater tersebut. Meskipun tanpa
kehadiran “bahasa” di
dalam sesebuah pementasan
tersebut, ia masih
menjadi tumpuan penonton
dengan kehadiran muzik
dan efek bunyi
yang bertepatan dengan
cerita yang dipersembahkan. Anne Ubersfefd,
seorang semiologi teater
cuba memuatkan klasifikasi
unsur-unsur pementasan ke
dalam kumpulan kategori besar, iaitu
suara yang mengeluarkan
intonasi, mimik yang
mempamerkan tingkahan dan pergerakan,
rias wajah memaparkan
rambut dan kostum,
harta menghasilkan dekor dan
muzik bagi mendengar
bunyi-bunyian.
Muzik yang mendukung pementasan dalam persembahan
teater baik yang bersifat instrumental mahupun lagu dapat menghidupkan suasana
di beberapa adegan dan babak dalam suatu persembahan. Ketika sebuah
pementasan tidak berbentuk
dialog, muzik boleh
menggantikan
"mesej" yang biasanya
disampaikan verbal. Seperti misalnya
dalam sebuah pementasan
silap mata, muzik
boleh menyampaikan suasana
mistik dan misteri
yang selalu dipersembahkan dalam
pertunjukan silap mata.
Muzik dalam teater mempunyai empat elemen yang berbeza iaitu muzik
pembuka, muzik pengiring, muzik suasana dan juga muzik penutup. Muzik pembuka
merupakan muzik yang digunakan di awal persembahan teater dan berfungsi bagi
merangsang imaginasi penonton untuk memberikan sedikit gambaran mengenai
pertunjukan teater yang akan dipersembahkan selanjutnya. Sesuatu persembahan
memerlukan sesuatu impak yang menarik minat penonton serta membangkitkan
suasana di permulaan cerita. Hal ini dapat dilihat bukan sahaja di pementasan
teater, malahan drama television juga menggunakan kaedah yang sama dengan
memaparkan permulaan cerita dengan sebuah lagu.
Elemen kedua pula ialah muzik pengiring. Muzik pengiring merupakan
muzik yang digunakan untuk mengiringi pertunjukan di beberapa adegan dalam
persembahan teater atau perpindahan adegan. Muzik pengiring berfungsi
memberikan sentuhan indah agar ritma permainan
seimbang dengan perjalanan adegan seperti suasana, lampu, setting,
kostum, dan mimik muka. Dengan
penambahan muzik ini, jalan cerita dan cara penyampaian menjadi lebih menarik
dan mudah difahami oleh para penonton. Namun demikian, tidak semua babak
diberikan unsur muzik sepenuhnya.
Muzik suasana pula merupakan unsur ketiga yang terdapat
dalam cabang muzik teater. Muzik suasana bermaksud muzik yang bertindak untuk
menghidupkan suasana irama persembahan serta suasana dalam pertunjukan teater.
Muzik suasana berfungsi untuk memberikan persembahan yang menarik, indah dan terlihat
jelas antara klimaks dan anti klimaksnya. Ciri terakhir pula ialah muzik
penutup. Muzik penutup merupakan muzik terakhir dalam pementasan teater. Selalunya
muzik penutup berfungsi untuk memberikan kesan dari pertunjukan teater yang
dipersembahkan sebagai pengajaran kepada peminat seni teater. Muzik penutup
haruslah mempunyai mesej yang jelas agar keseluruhan dan pengakhiran cerita
dapat disampaikan dengan jelas kepada penonton.
Pengaturan
muzik dalam sesebuah pementasan teater harus dititik beratkan. Para pemuzik
teater perlulah mengetahui pengetahuan yang mendalam serta luas mengenai muzik
itu sendiri serta menguasai sekurang-kurangnya dua alat muzik. Selain daripada
itu, sebagai seorang pemuzik harus menguasai teknik dalam penggunaan alat muzik
yang berhubungan langsung dengan sistem pembesar suara. Penggunaan muzik dalam
teater terbahagi kepada dua sama ada secara langsung (live) mahupun gerak mulut
(miming). Penggunaan muzik secara langsung bermaksud penyanyi atau pelakon itu
sendiri menyanyikan lagu secara langsung ketika pementasan diadakan diiringi
dengan kumpulan okestera serta pemuzik-pemuzik teater yang ada. Kaedah ini
digunakan selalunya dalam teater muzikal dimana keseluruhan jalan ceritanya ada
berkaitan dengan lagu serta para penonton dapat merasakan sendiri bunyi-bunyian
alat muzik yang dimainkan. Manakala secara gerak mulut adalah sesebuah lagu
direkodkan terlebih dahulu sebelum pementasan diadakan. Sewaktu persembahan,
pelakon hanya menggunakan kaedah miming sementara lagu dimainkan.
Di
samping itu, penggunaan muzik atau lagu yang diguna pakai dalam pementasan
haruslah mendapat kebenaran daripada pencipta lagu mahupun penyanyi itu sendiri
sekiranya lagu itu dirakamkan bukan sebagai lagu tema teater tersebut. Seperti
dengan menggunakan apa-apa kerja hak cipta, kebenaran mesti diperolehi oleh
semua jenis organisasi teater termasuk teater komuniti, sekolah teater,
profesional dan teater universiti, untuk menggunakan hak cipta berfungsi
termasuk menggunakan muzik dalam pengeluaran, sandiwara modern, kabaret, atau
muzik. Dengan memperolehi lesen, teater telah memeterai perjanjian dengan
pemegang hak untuk melaksanakan kerja dan menyediakan pemegang hak cipta dengan
pembayaran. Sama seperti teater membayar untuk hak untuk melaksanakan mainan hak
cipta, teater juga perlu mempertimbangkan penggunaan muzik dalam produksi
mereka untuk memastikan bahawa mereka mempunyai perjanjian undang-undang yang
menyediakan mereka dengan hak untuk melaksanakan muzik.
Tambahan lagi, teater muzik merujuk kepada pelbagai
muzik yang disesuaikan dengan prestasi
dalam teater. Genre bagi teater muzik adalah opera dan ballet. Terdapat
beberapa bentuk teater muzikal dari pantomim muzikal peringkat operetta, modern
dan revues. Satu lagi bentuk muzik teater merupakan muzik yang bersampingan
sepertimana dalam filem, radio dan televisyen. Ia digunakan untuk mengiringi
setiap tindakan atau memisahkan setiap adegan ketika dimainkan. Penjelmaan
fizikal muzik dipanggil skor, muzik dan ia juga menunjukkan lirik. Sejak
mulanya teater muncul, muzik telah memainkan peranan penting dalam drama
pentas. Di samping itu, dalam drama
Greek pada abad ke- 5 masihi, Odes Choric ada mengatakan beliau telah
melaungkan dan menari antara bahagian pertuturan kedua-dua tragedi dan komedi
tetapi hanya serpihan muzik yang terselamat. Kemudian, percubaan untuk mencipta
bentuk bagi pemulihan dari Rennaissance ke zaman moden telah bercabang kepada
pelbagai arah. Komposer dari Andrea Gabrieli kepada Mendelssohn Vaughan
Williams telah mencipta muzik korus untuk produksi bermain dengan Sophocles,
Aristophanes dan lain-lain.
Pada
akhir abad ke- 16, Florence telah mencuba untuk membaikpulihkan drama purba
Yunani, dengan sumbangan vokal yang dinyanyikan berkembang menjadi genre moden
opera. Selain itu, teater rakyat, banyak menggunakan muzik tarian dan lagu
dalam persembahan. Di dalam nota penulis yang bernama Roger Savage yang
bertajuk “Grove’s Dictionary of Music and
Musician” menerangkan mengenai bentuk klasik teater Asia dari India ke
Jepun banyak bergantung kepada muzik seperti melakukan ritual dramatik daripada
sub-Sahara Afrika dan orang-orang asli Amerika. Berkait rapat dengan itu, dalam
genre teater barat pula Savage ada menulis bahawa muzik penting dalam drama
liturgy zaman pertengahan, cour de balet, aksi balet, balet klasik, tarian
moden, pantomin abad ke lapan belas comedie-balet, opera separa, abad ke lapan
belas vaudeville, opera balada, Singsipiel, Opera comique, operetta, komedi
muzik, bentuk muzik dan lain-lain teater muzikal.
Tambahan
lagi, teater muzikal telah menjadi tontonan hiburan yang paling utama di
persada dunia. Muzikal menggabungkan spektrum penuh bagi semua seni seperti
kata-kata, menyanyi, menari, cermin mata peringkat, menyediakan penonton dengan
suatu perasaan yang mampu menyentuh perasaan mereka. Tahap muzik kini tinggi,
dan semua yang berjaya rakan kreatif telah dijangka untuk memenuhi cabaran.
Paling Broadway muzikal sejak masa itu telah mengikuti contoh yang ditetapkan
oleh pasukan muzik ini. Sebelum lyricists dan komposer menulis lagu, tetapi
kini mereka menjadi dramatists, menggunakan lagu untuk membangunkan watak dan
memajukan plot. Rodgers dan Hammerstein terbengkalai formula pertaruhan
pasti-hari mereka, komedi melampau dan garis korus wanita hampir tidak
berpakaian. Semua elemen dalam muzik kini terpaksa mempunyai fungsi dramatik.
Oklahoma! menunjukkan beberapa teknik integrasi yang Rodgers dan Hammerstein.
Skrip, sering dirujuk sebagai "buku," mempunyai keutamaan; semua
elemen-elemen lain hanya wujud untuk melanjutkan keperluan dramatik buku.
Sebuah buku yang baik menyediakan rangka naratif untuk muzik serta peluang yang
mencukupi untuk membenarkan nyanyian dan tarian untuk meningkatkan cerita. Buku
untuk muzik boleh berdasarkan permainan, novel, filem, atau membangunkan dari
idea asal. Cerita untuk Oklahoma! datang dari bermain, Hijau Tumbuh Lilacs,
unmemorable kecuali bagi transformasi muzik. Lagu Cameo mempunyai watak kecil
dalam beberapa dilupakan, seseorang yang mungkin sebaliknya akan dilupakan.
Askar yang menyanyi tentang kematian rakan-rakan beliau pada tahun 1776 adalah
contoh yang baik; sebelum lagu itu dia muncul hanya untuk menyampaikan mesej
daripada General Washington. Mempertaruhkan keluar wilayah dia, Evita evicts
semasa Juan Peron itu "sedikit-pada-yang sebelah-" dari katilnya,
meninggalkan gadis itu untuk bertanya "Apa yang berlaku sekarang?"
Kerana dia menyanyi "beg lagi dalam Dewan lain" (dalam-filem versi
Madonna mengambil lagu ini dari pelakon batu perhiasan berukir). Memberi beberapa
nasihat bijaksana untuk Pippin (1972), tali pinggang Granny keluar nombor
menunjukkan-henti "Hanya Masa Tiada di semua" di tempat kejadian
hanya beliau. Sebuah lagu batu perhiasan berukir yang baik mentakrifkan watak
kecil dengan cepat dan berkesan, serta memberi pelaku dalam masa peranan kecil
dalam perhatian. Olok-olokan bergantung kepada kebiasaan penonton dengan muzik
tidak menunjukkan, sama ada sebuah lagu tertentu atau gaya muzik, untuk
membangkitkan mood yang sesuai. Dalam Syarikat ini Bobby akan menjadi teman
wanita mengazab kekurangan beliau komitmen dalam sebuah 1940-an, trio gaya
Andrews Sisters ', "Anda boleh Pandu sebuah Orang Gila." Pada Yusuf
dan yang Technicolor Amazing Dreamcoat (1969) Firaun muncul sebagai yang
"Raja" dalam Elvis penyamaran, menggambarkan impian pelik beliau
kepada Yusuf; "Benjamin Calypso" muzik ini juga mempunyai balada
barat, "Satu lagi Malaikat di dalam Syurga," dan “Benjamin Calypso.
❤Punca undang-undang syariat tidak dapat dilaksanakan di Malaysia❤
Pendahuluan
-islam sebagai agama yang lengkap dan
merangkumi seluruh aspek kehidupan pastinya mempunyai sistem perundangan
sendiri.
-sejarah tanah melayu membuktikan
perundangan islam dilaksanakan oleh pemerintah islam.
-antara undang-undang islam terawal
termasuk undang-undang Melaka,undang-undang Pahang,undang-undang kedah dan
beberapa undang-undang negeri ditanah melayu.
Punca undang-undang
syariat tidak dapat dilaksanakan di Malaysia
-campur tangan inggeris didalam
pemerintahan islam sewaktu zaman penjajahan telah mengubah beberapa
undang-undang islam dengan islam dengan digantikan pemakaian kanun jenyah
negeri-negeri selat dan meluas dipakai di seluruh negeri.
-corak hidup islam diakulturasikan dengan
prinsip-prinsip inggeris dengan perlaksanaan undang-undang inggeris
-setelah mencapai kemerdekaan,,kedudukan
islam ditentukan oleh perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan bahawa islam
adalah agama rasmi persekutuan.sehubungan itu,beberapa keutamaan telah
diberikan kepada islam oleh perlembagaan seperti menetapkan yang di-pertuan agong selamanya orang
islam,bantuan kewangan untuk meninggikan syiar islam dan menyekat serta
mengawal penyebaran agama lain kepada kepada orang islam.akan
tetapi,pengiktirafan agama islam sebagai agama rasmi tidak member ruang yang
luas kepada perlaksanaan undang-undang berasakan persekutuan dan setiap
undang-undang hendaklah disesuaikan dengan kehendak perlembagaan.
Kuasa pentadbiran undang-undang islam negeri
-Majlis agama islam dan adat istiadat melayu.
·
Bidang kuasa majlis ini
merangkumi kuasa melupus atau memiliki
harta benda,menguruskan baitulmal,memungut zakat dan fitrah,membuat kontrak dan
memegang amanah serta mengeluarkan fatwa.
-mahjlis hal
ehwal islam
·
Berfungsi sebagai penyelaras
dari segi pentadbiran hal ehwal agama islam di Malaysia.sehubungan itu,beberapa
buah pentadbiran jawtan kuasa telah dibentuk dengan hasrat untuk mencapai
keseragaman dan meninggikan tahap kecekapan aktiviti agama islam di seluruh
negara.
-Mahkamah syariah
·
Fungsi utama penubuhan mahkamah
syariah adalah untuk membicara atau memutuskan kes-kes yang di peruntukkan oleh
enakmen dan bidang kuasanya terbatas kepada perlaksanaan undang-undang diri
terhadap orang islam sahaja dan terbatas kepada peruntukkan perlembagaan.
-Jawatan kuasa rayuan
·
Sebuah jawatan kuasa rayuan
mempunyai kuasa untuk menetap,menarik balik keputusan perbicaraan
mahkamah,menjalankan tugas mengikut bidangkuasa seperti mana yang dilakukan
oleh sesuatu perbicaraan,mengeluarkan perintah atau perintah ulang bicara dalam
perkara sivil.dalam perkara jenaya pula,mereka boleh membatalkan sabit
kesalahan,membatal atau mengurangkan hukuman ,atau memerintah sesuatu ulang
bicara.
Rumusan
Secara keseluruhanya,perundangan islam di
Malaysia masih lagi jauh untuk mencapai tahap kesempurnaan seperti yang
diperuntukkan oleh islam.bagaimanapun dengan ,dengan perlaksanaan undang-undang
islam melalui bidang kuasa mahkamah syariah,elas menunjukkan potensi
perlaksanaan perundangan islam di masa hadapan.keadaan ini bukan sahaja
disedari oleh para pemerintah,namun juga turut diperbincangkan oleh masyarakat
Malaysia.hanya masa dan keadaan yang akan menentukan perubahan perundangan
islam di Malaysia.
Sumber :
Tajuk buku:perspektif islam di Malaysia
Penulis:-mohd nazri Ibrahim
-mohd zukifli hussain
-noraina noraini,et.al.
Terbitan:jabatan pengajian media universiti
Malaya & hizbi sdn.bhd
Tahun:1998
Malaysia is an Islamic country
Malaysia is an Islamic country. In my opinion, despite the
recognized Malaysia as an Islamic state, not necessarily all residents of the
country should be occupied by Muslims. In fact, the existence of various
religious and ethnic groups in the country to strengthen the ties between
Malaysia and other countries. In addition, we are also able to recognize and
understand the cultures and other religions. This can create a sense of respect
for one another. Knowledge of nations, cultures and other religions can help us
to distinguish between good and which are bad. This can also open our minds
about the outside world. Economic development will also be improved and the
country of Malaysia will not be left behind in the economic competition in the
current era of globalization. Something more special though Malaysia is a
Muslim country for all Malaysians can live in peace and harmony in the country
despite the different religions, races and cultures.
Review of The Expendables 2
SUMMARY OF
THE EXPENDABLES 2
The
Expendables 2 is a 2012 American ensemble action film directed
by Simon West, written
by Richard Wenk and Sylvester Stallone and based on
a story by Ken Kaufman, David Agosto
and Richard Wenk. Brian Tyler back
to score the film. The
Expendables 2 is
a continuation of
the movie The
Expendables which have
appeared in the
cinema in 2010. The film starring Sylvester Stallone, Jason Statham, Terry Crews, Jet Li,
Mickey Rourke, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Randy Couture, Dolph Lundgren and Jean-Claude Van Damme.
Genre of this film
is action movies
and the movie
was released on 16 August 2012.
The Expendables 2 tells
the story of a group called The Expendables. Barney Ross is
the leader of the group. The Expendables has been successful team on
a mission to rescue a Chinese business tycoon. Then, a CIA agent, namely Mr. Church has given a
great mission to this
team. In this mission
they have issued a secret box from
a plane that crashed. Secret box contains
directions or map in which the
plutonium (a nuclear)
military remains Russia during the cold
war first. At the same
time, the Church
has sent a technical expert, Maggie to help
them through the mission. Church also warned that keeping Maggie Ross Barney well or
they do not survive. Barney who has
no other choice
ultimately agreed with the
directive. Through the help of
Maggie, The Expendables team reached the plane that crashed,
and managed to extract the secret
box.
Suddenly a group of mercenaries international
criminals in the title of The
Sangs led by Jean Villain has emerged to seize the secret box. When members of The Expendables others are busy solving
their mission to save
the secret box, in
the Villain army caught
Billy to scapegoat
them for the
secret box. Villain has directed The Expendables
to drop weapons
and made changes to the black box with
Billy lives. Tim handed the secret box to save lives Billy,
but Villain broke his promise and pierced with a knife which pierces the heart of Billy and then fled with his troops
by helicopter. When the final moments, Ross managed to pick
up the body
and then Billy asked
Billy Ross to
take a letter to Sophia who is beloved in France. The terrible murder of their
colleagues, it has created a sense
of revenge on each
and every one of the members of The Expendables. They have conspired
to attack and
demanded redress for the
death of Billy.
Maggie told to The Expendables that the black box
is a computer that contains the blue print to a location five tons of
plutonium that has been left in
the mine by
the Soviet Union after the Cold
War. Villain and his
good friend Hector plan
to take plutonium
and sold it.
The Expendables got the
signal part computer blueprint to follow
Villain. After that, The
Expendables had spent the
night at a Russian military base that has left
residents. The next day, The Expendables was attacked
by The Sangs.
At the moment that The Expendables had run out
of ammunition, they
were rescued by Booker who was
a great time
shooting and gun
play
and he was
Ross’s old friend. Before The Expendables want to
continue their journey
to track The
Sangs, Booker told
that there's a nearby
village where the
inhabitants against Villain.
Meanwhile, Hector and Villain
have discovered plutonium and began
transporting them. When you get
them in the village, The Expendables have met several women who have a weapon which they thought was vassal Villain.
Once they explained the whole truth to
the occupants of the village, the villagers had sought
help them to
save their children
and husband who has
been deployed to work
at the mine
by force and never returned. The Sangs suddenly appear to collect more villagers, but they were killed
by The Expendables. After discovering Villain with his
nephews in plutonium
mine, The Expendables
have made the
attack with their
aircraft before intentionally
violate mine itself.
The Expendables has managed to save
the villagers, however, Villain and Hector
had fled with
the plutonium. From a distance,
Villain has set
off explosives at a mine which
causes the exit
of the mine
collapse and trap
The Expendables and villagers
are at it.
Trench and Church arrived
at the location the cave
and release The Expendables
and villagers have been
trapped inside. The couple then
joined The Expendables
to pursue Villain and nephews.
The team arrested Villain and his
men at the airport when they
were preparing to leave
Albania with the aircraft. Booker appeared and joined
to defeat the
Villain The Expendables. Trench and Church are also involved in the battle against The Sangs. Christmas cut off
Hector works with airplane propellers. While elsewhere, Ross and
Villain were fighting,
Ross finally managed to pierce
Villain thus take vengeance
for Billy. Church, Maggie, Booker, and Trench eventually left the team. Soviet aircraft leaving the ancient
Church of Ross. In France, Sophia found a
box containing a large
amount of money and letters
Billy at his doorstep. At the end
of the movie,
The Expendables who was
on the plane
to go home,
make a toast
to honor Billy.
In my opinion, this film
is an interesting
film to watch
because of all the films
present a rigorous
tension from beginning
to end, but
with a twist
that is not excessive. The film presents
the audience with a story of
friendship, redemption, romance, comedy, and of course an
exciting shooting action throughout
the film. Messages are captured
in this film
is also evident.
Friendship is clearly shown through
the story played.
Ross, who was a leader in
the group The
Expendables played a
strong role in
uniting members. Although Ross assertive
but he is also a good leader
and also hilarious.
Playful nature of the group members
are always invited
laughter from the
members of the group. This causes their
relationship more intimate
friendship. In addition, the attitude
of their cooperation
in the group
clearly shown on
while they were
fighting with the
enemy. In addition, they also
work together to give
the idea to
plan a strategy
to attack the
enemy. Mutual protect each other
when facing enemies
explain the love
of friends. Feelings of revenge
and resentment when Billy
were brutally murdered by Villain
shows that they are
very care for
each other and
love each other.
Loyalty within the group
is also clearly
shown when The
Expendables launched an attack
on The Sangs
to avenge the death
of Billy, who
was one of their group
members. In addition, Ross, who
was a wise leader in
leading his team
members to remain
united hearts while performing a mission.
Although they are in a bad mood, they
can still joke
and laugh. In addition, the slot
also love infused
in this film. Feelings of love
for the beloved Billy, Sophia
very touching. Billy who is very loyal
to Sophia eventually
dies leaving her lover together
the accumulated sum to sustain life during
the absence of her lover. Element strong friendship
and team spirit
owned
by members of The Expendables will be
a lesson to
us. Have a wise and responsible
leader who can
prevent collapse of the team. In conclusion, this action
film incorporates many values
that can be an example
to the audience
watching this film.
In addition, this action movie
is not boring
and definitely often invite
audience laughter on their
lips.
Skrip : Along
SINOPSIS
Sebuah cerita
yang mengisahkan tentang
seorang anak yang
diberi gelaran Along
kerana merupakan anak
sulung di dalam
keluarga. Along telah disahkan
menghidap penyakit kanser
yang kronik dan
telah berda di
tahap kritikal. Kelalaian doktor
dalam mengesan penyakit
Along telah menyebabkan
nyawa Along berada
di ambang maut. Along
yang merupakan seorang
anak yang mendengar
kata dan merupakan
seorang kakak yang
sabar tidak pernah
mengeluh atau mengaduh
akan kesakitan yang
ditanggung olehnya sepanjang
rawatan ke atasnya
dijalankan. Adi dan Mazura
yang merupakan ibu
dan ayah Along
tidak pernah berhenti
mencari ikhtiar untuk
menyelamatkan anak mereka. Meskipun mereka
dicaci dan dihina,
demi nyawa anak
yang dibela selama
tujuh belas tahun
itu harus diperjuangkan. Adi yang
tidak pernah jemu
bercerita akan alam
akhirat kepada Along
sudah melengkapkan dirinya
dengan persediaan kematian
yang bakal dialami
oleh anaknya pad
bila-bila masa sahaja
apabila doktor pakar
yang merawat Along
telah mengingatkan akan
keadaan Along yang
sudah tidak ada
harapan lagi untuk
hidup. Adi yang hanya
bekerja sebagai Penyelia
Projek disebuah syarikat
swasta sudah tidak
mampu lagi untuk
menanggung segala bayaran
ubat-ubatan yang diperlukan
Along untuk mengawal
sel-sel kanser dari
terus membiak. Along yang
merupakan anak yang
solehah akhirnya menghembuskan
nafasnya yang terakhir
pada hari Jumaat,
dengan lafaz dua
kalimat syahadah berserta
meminta keampunan kepada
kedua ibu bapanya.
BABAK 1
Kelihatan
seorang gadis remaja
yang berusia tujuh
belas tahun sedang
menggosok baju-baju sekolah
miliknya dan adik-adiknya
serta baju kemeja
milik ayahnya. Sesekali peluh
menitik di dahi
diseka lembut. Dengan penuh
kasih sayang dihalakan
seterika jenama Panasonic
itu ke kiri
dan ke kanan. Keheningan lewat
tengah malam itu
sesekali menggamit rasa
kurang enak di
hati apatah lagi
dia yang berseorangan
di ruang tamu
rumah teres satu
tingkat itu. Sedang yang
lain sedang enak
dibuai mimpi, Along masih
meneruskan tugasnya sebagai
seorang kakak sulung
dan anak kepada
Mazura dan Adi. Mulut
ditutup tanda mata
sudah mengantuk. Tenang Along
menyangkut kesemua baju-baju
yang sudah siap
digosoknya. Along berjalan ke
dapur untuk minum
ubat batuk, sudah
hampir sebulan batuknya
berlanjutan dan masih
belum sembuh, meskipun
berkali-kali ke klinik
kerajaan, jawapan doktor
tetap sama, Along
cuma batuk biasa
sahaja. Along memadamkan kesemua
lampu dan berlalu
ke bilik. Dipandang seorang
demi seorang adik-adiknya
yang masih kecil. Dikucup dahi
mereka dengan lembut. Lalu
Along melabuhkan tubuhnya
di sebelah adik-adiknya.
Tilam yang tidak
berkatil itulah menjadi
tempat tidur buat
mereka adik beradik.
Keesokan paginya
mata Along seakan
berat untuk dibuka,
kepalanya terasa berdenyut-denyut. Hingus yang
meleleh keluar dari
hidungnya diseka menggunakan
sapu tangan yang
memang tersedia di
atas tilamnya. Kedengaran Aini,
adiknya yang ketiga
merengek di ruang
tamu. Namanya dipanggil dengan
nada marah. Along bingkas
bangun dari pembaringannya dan
menerpa ke arah
adiknya yang sedang menangis
dalam keadaan badannya
yang diselimuti tuala
mandi.
AINI : Along ! Kenapa tak
gosok baju sekolah
Aini ?! Along jahat ! Saje
je kan nak
bagi Aini pergi
lewat ke sekolah
kan ?! Along nak
suruh cikgu marah
Aini kan ?! Baju
Angah, Kak Chik
dengan ayah boleh
pula Along gosokkan. Along tak
sayang Aini !
ALONG : Along
bukannya sengaja tak
nak gosok baju
Aini semalam. Along tak
perasan baju Aini
tak ada semalam. Along minta
maaf. Takpelah, biar Along
gosokkan sekarang. Masih sempat
lagi ni.
Along bingkas
bangun dan mencapai
baju sekolah kepunyaan
Aini, adiknya yang
ketiga yang kini berada
di darjah lima. Dengan
tenang Along menggosok
baju Aini dan
Aini tidak berhenti
menyalahkan Along atas
kelambatannya menggosok baju
sekolah. Aini merengus geram. Along
menghulurkan baju sekolah
milik Aini dengan
senyuman, namun dibalas
dengan jelingan. Aini mencapai
baju sekolahnya dengan
kasar. Tiada sedikit pun
senyuman terukir dibibirnya
buat seorang kakak
yang telah berpenat
lelah menggosok bajunya. Dia
masih dengan perasaan
amarahnya. Along menggeleng lemah.
MAZURA : Along
! Kenapa muka pucat
je tu ? Demam
lagi ke ? Bulan
ni dah banyak
kali Along demam. Tak
boleh jadi ni
macam ni. Abang !!! (MENJERIT)
Saat Along
ingin membuka mulut
untuk menjawab, ibunya
itu terlebih dahulu
menjerit memanggil ayahnya
yang sedang bersiap-siap
ke pejabat.
ADI : Apa
yang kecoh-kecoh ni
ibunya ? Terkejut abang. Nasib
baik abang takde
lemah jantung. Along ! Kenapa
tak siap-siap lagi
ni ke sekolah
? (MEMANDANG KE ARAH
ALONG)
Along yang
ingin menjawab soalan
ayahnya sekali lagi dipotong oleh
ibunya. Angah, Kak Chik
dan Aini sudah
lengkap berpakaian sekolah
berjalan melepasinya menuju
ke arah ibu
dan ayah mereka
untuk bersalam lalu
berlalu keluar rumah
menuju ke sekolah
dengan menaiki basikal
masing-masing. Manakala adik bongsunya,
Aishah masih lena
di dalam buaian.
MAZURA : Hish
! Abang ni tak
nampak ke muka
Along tu pucat
? Masuk bulan ni
dah lima kali
demam Along asyik
pasang surut dah
macam air laut
dah. Abang bawa along
pergi klinik dulu
sebelum pergi kerja
ye.
Mazura mendekati
Along sambil menatap
wajah pucat anaknya
itu. Jelas kelihatan yang
Along dalam keadaan
lemah. Hati keibuannya merasakan
ada sesuatu yang
tidak kena pada
anaknya.
ADI : Abang
dah lewat nak
pergi kerja ni. Abang
tinggalkan kereta, awak
pergi dengan along
ye. Abang pergi kerja
dengan kawan abang.
Saat kaki
Adi mahu berlalu
pergi, Mazura membidas
tegas.
MAZURA : Abang
ni kan ! Yang
mane penting ? Kerja
atau anak kita
yang sedang sakit
ni ?! (MARAH)
ADI : Eh
! Awak ni
kenapa sensitif sangat. Saya
ni nak pergi
kerja bukan nak
berjoli. Takkan semua hal
awak nak mengharapkan
saya ? Nak hantar
anak pergi klinik
pun nak tunggu
saya juga ke
yang uruskan ? Susahlah
macamni kalau awak
tak tolong saya. Dengan
kerja yang berlambak
dekat pejabat tu.
Along mula
tidak senang duduk
apabila melihat ibu
dan ayahnya bertengkar
hanya kerana dia. Along
mengetap bibir dan
mahu menghentikan pergaduhan
itu. Akhirnya Along bersuara.
ALONG : Ayah,
ibu... Janganlah bertengkar pagi-pagi
ni lagi. Along okay lah ibu. Demam
sikit je ni. Kalau
ibu tak boleh
nak hantar Along
pergi klinik. Kita tunggu
sampai ayah balik
kerja petang ni
ye ibu ?
Ibu mengeluh
berat lalu dia
berlalu ke dapur
mengambil dua biji
panadol dan segelas
air. Ayah hanya memandang
ibu sambil menggeleng
kepala lalu mengatur
langkah ke kereta. Hati
Along berdetik, begini
kah sikap orang
dewasa yang sentiasa
ego meskipun sedar
akan kesilapan masing-masing
? Andai aku dah
dewasa kelak, aku
tidak mahu hatiku
dikuasai oleh ego.
MAZURA : (MUNCUL
DARI DAPUR) Along,
makan ubat ni
lepas tu pergi
tidur. Tak payah tolong
ibu buat kerja
hari ini ye.
Along mengangguk
sambil tersenyum. Disambut huluran
ibunya dengan hati
yang senang. Lega kerana
memiliki ibu yang
penyayang seperti ini. Di
sudut ruang tamu
yang agak lenggang
pagi itu, Along
menempatkan dirinya di
atas sofa yang
menghadap kepada televisyen. Along melabuhkan
badannya di situ. Kepala masih
terasa berdenyut meskipun
panadol sudah ditelan.
BABAK 2
Angin bertiup sepoi-sepoi
bahasa. Petang yang tenang. Di
sebuah hospital kerajaan. Di
dalam sebuah bilik
yang dihuni oleh
seorang doktor muda
yang sedang melayani
kerenah keluarga pesakitnya. Kelihatan suasana
yang agak tegang
sedang berlaku.
DOKTOR : Jantung
anak puan dan
tuan nampak macam
lain ni. Jantung di sebelah
kiri beliau bengkak. Beginilah, saya
akan buat appointment
untuk anak tuan
dengan doktor pakar. Ia
mengambil masa hampir
tiga bulan untuk
menguruskan appointment ni.
ADI : Tiga
bulan ?!! Jantung anak
saya dalam keadaan
macamni, masih lagi
perlu menunggu selama
tiga bulan ?! Doktor
tak nampak ke
keadaan anak saya
sekarang ?! (MARAH)
DOKTOR : Bawa
bertenang tuan. Saya hanya
menjalankan tugas saya
apa yang saya
mampu.
Adi mendengus
marah lalu terus
mengajak isteri dan
anaknya keluar dari
bilik itu tanpa
mengucapkan kata terima
kasih. Mazura menangis teresak-esak
mendengar khabar yang
sungguh tidak disangka
itu. Along tenang di
sisi ibu dan
ayahnya. Along yakin dia
masih mempunyai peluang
untuk hidup. Sesekali Along
mengetap bibir. Mereka bertiga
berjalan ke kereta
yang di parkir
bersebelahan dengan hospital
tersebut. Along melihat wajah
tegang ayahnya. Perasaan terharu
menyentuh sanubarinya.
BABAK 3
Di dalam
bilik, Along menyapu
minyak angin ke
dadanya. Pada malam itu
Along tidak dapat
tidur dengan lena. Batuknya semakin
menjadi-jadi. Sesekali
nafasnya turun naik. Sesak
di dada hanya
bisa ditanggung oleh
Along. Adi dan Mazura
tidak senang duduk
melihat anak gadis
kesayangan mereka yang
berada dalam keadaan
yang tidak selesa. Mereka yang
pada mulanya mendengar
batukan Along yang
tidak henti-henti dari
dalam bilik bergegas
ke bilik Along
untuk melihat keadaan
Along.
MAZURA : Macammane
ni abang ? Makin
teruk saya tengok
keadaan Along ni. Risau
saya !
ADI : Esok
pagi saya ambil
cuti. Kita bawa Along
ke klinik panel. Malam
ni awak teman
kan Along tidurlah. Tidur kat
ruang tamu. Takut sesak
kat dalam bilik
ni. Nanti saya hamparkan
tilam.
Mazura mengangguk
lemah. Meskipun badan Along
terasa lemah, dia
tetap beraksi seperti
orang sihat. Along tidak
mahu ayah dan
ibunya terlalu risau
akan keadaannya. Adi berlalu
ke dalam bilik
dan mengambil tilam
lalu dihamparkannya di
tengah-tengah ruang tamu rumah mereka. Along
menuruti langkah ibunya. Dilabuhkan badannya
di sebelah ibunya. Mazura setia
menunggu sehingga mata
Along terpejam.
BABAK 4
Along dibawa
ke klinik swasta
dan selepas menerima
rawatan beliau terus
dihantar ke Hospital
Tawakal. Di Hospital Tawakal,
doktor pakar mengarahkan
Along untuk dibedah
secepat mungkin kerana
keadaan jantung Along
telah dikelilingi air
sehingga ke lapisan
ketiga. Pada petang itu
juga, Along ditemani
ayahnya, Adi masuk
ke dalam bilik
pembedahan. Along ditebuk di
bahagian bawah dadanya
untuk mengeluarkan air
dari dalam jantungnya. Selepas pembedahan
selamat dijalankan. Keadaan Along
semakin baik. Batuk Along
juga sudah semakin
berkurang. Selepas dibuat beberapa
ujian, doktor telah
mengesahkan bahawa Along
menghidap kanser di
pangkal jantung (cancer
lymphoma). Kos rawatan yang
terlalu tinggi dan
insurans di bawah
syarikatnya tidak mampu
untuk menanggung kos rawatan tersebut
menyebabkan Adi terpaksa
meminta pihak hospital
memindahkan Along ke
hospital kerajaan, Pusat
Perubatan Universiti Malaya. Pada
malam itu Along
meraung kesakitan yang
amat sangat. Selepas Along
diberi rawatan, doktor
pakar memanggil Adi
untuk berjumpa.
DOKTOR : Anak
tuan dalam keadaan
kritikal. Kanser beliau sudah
berada di tahap
empat. Maafkan saya, beliau
sudah tidak ada
harapan. Saya harap tuan
dapat menerima segala
yang dah tertulis
dengan redha. Kos rawatan
bagi penyakit ini
sangat tinggi. Pembiayaan bagi
setiap kemoterapi sahaja
sudah mencecah RM5000. Pihak
hospital tidak menanggung
kos bagi kemoterapi
tersebut kerana kami
hanya menanggung kos
ubat-ubatan yang biasa
sahaja. Saya harap encik
dapat bersedia dari
segi mental dan
fizikal mengenai kos
bagi rawatan penyakit
ini. Ia mencecah ribuan
ringgit.
ADI : (MENGHEMBUS
NAFAS PERLAHAN) Baiklah
doktor. Saya faham. Terima kasih
doktor.
Adi mengusap
mukanya perlahan. Berkira di
dalam hatinya, di
mana aku nak
mencari duit bagi
menampung kos rawatan
anak aku ini. Adi
berjalan perlahan menuju
ke arah wad
yang di mana
Along ditempatkan.
BABAK 5
Adi dan Mazura menunggu
giliran mereka untuk
berjumpa dengan Pegawai
Kebajikan Hospital. Setelah nama
mereka dipanggil, mereka
beriringan masuk ke
dalam sebuah bilik.
ADI DAN
MAZURA :Assalamualaikum.
(TERSENYUM) Selamat Pagi
Puan.
PEGAWAI
KEBAJIKAN HOSPITAL
: Waalaikummussalam. Selamat
Pagi Puan, Tuan. Silakan duduk.
Boleh saya bantu
?
ADI : Ye
saya. Terima kasih. Saya
nak memohon bantuan
kewangan bagi rawatan
anak saya yang
menghidap kanser di
pangkal jantung.
PEGAWAI KEBAJIKAN
HOSPITAL : Boleh saya
dapatkan slip gaji
tuan dan beberapa
dokumen lain ?
Adi menghulurkan
beberapa dokumen yang
diselitkan di dalam
sampul surat berwarna
putih. Pegawai tersebut menyambut
huluran Adi dan
meneliti setiap dokumen
yang ada. Matanya sinis
memandang mereka berdua
yang sedang duduk
di hadapannya. Ditelitinya pakaian
yang dipakai oleh
Mazura yang baginya
sangat kemas.
PEGAWAI KEBAJIKAN
HOSPITAL : Bekerja sebagai
supervisor pun masih
tak mampu nak
membiayai kos rawatan
? Gaji pun dah
beribu ringgit. Hmm, masih
mampu nak pakai
emas lagi ke
? (SENYUM SINIS)
MAZURA : Kami
ni kalau mampu
dah lama tak
datang ke sini
untuk meminta bantuan,
menagih simpati untuk
menerima bantuan sehingga
harus menadah telinga
mendengar kutukan sebegini
rupa. Takkan emas asli
dengan emas palsu
pun Puan tak
dapat nak bezakan
? Kalau emas asli
dah lama habis
saya gadaikan Puan. Kalau
harus ditunjukkan resit
kedai pajak pun
kami boleh bagi
Puan. Kalau sepuluh orang
lah yang perangai
macam Puan ni
yang hanya pandai
menilai orang dari
luaran sahaja, ramailah
yang hidup melarat
kat luar sana. Dah
lah abang, tak
guna kita merayu
lagi. Lebih baik mengemis
di tepi jalan
dari telinga harus
menadah kutukan dari
orang sebegini.
Mazura menyapu
perlahan pipinya yang
sudah dibasahi air
mata. Adi termenung. Dia masih
berharap agar permohonannya
diterima. Adi menanti jawapan
dari mulut pegawai
tersebut dengan sabar.
PEGAWAI KEBAJIKAN
HOSPITAL : Maafkan saya,
saya tidak dapat
meluluskan permohonan tuan
dan puan. (BERKATA DENGAN
ANGKUH)
ADI : Baiklah. Terima kasih
Puan atas kerjasama
yang diberikan. (KECEWA)
Adi dan
Mazura bingkas bangun
dan terus beredar
dari situ tanpa
menoleh ke belakang
lagi.
BABAK 6
Petang itu
Along bersendirian di
dalam wad, tidak
ditemani ibu. Along menyeka
perlahan air mata
yang mengalir di
pipinya. Tangannya menarik rambutnya
yang kian gugur. Kepalanya yang
hampir botak dipandang
sepi. Dia menahan sakit
pada mulut dan
lidahnya yang pecah
akibat kesan daripada
kemoterapi. Along memandang makanan
yang terdapat di
atas meja kecil
yang berada di
sebelah katilnya. Dia tidak
mampu lagi untuk
mengunyah dan menelan
makanan itu. Sudah setahun
dua bulan berlalu,
selama itu juga
lah dia menanggung
derita penyakit ini. Along
yang kini berada
di Hospital Besar
Kuala Lumpur atas
bantuan kawan Adi
yang juga merupakan
seorang doktor psikologi
yang bernama Doktor
Azmah atas kerana
masalah kewangan. Adi masuk
ke dalam perkarangan
wad Delima yang
didiami oleh anaknya. Dia
menuju perlahan ke
arah katil Along. Dilihatnya Along
sedang termenung jauh.
ADI : Assalamualaikum Along. (TERSENYUM MESRA)
ALONG : Waalaikummussalam Ayah. (MEMBALAS SENYUMAN
DALAM KESAKITAN SAMBIL
MENGHULURKAN TANGAN UNTUK
BERSALAM) Ayah sihat ?
ADI : Alhamdulillah Along,
Ayah sihat. Along, kenapa
termenung panjang ni ?
Along masih fikirkan
tentang penyakit Along
ni ke ?
ALONG : (TERSENYUM
LEMAH) Along tahu ajal
along dah sampai
ayah.
Adi menarik
kerusi menghampiri katil
Along agar lebih
selesa bercerita dengan
anaknya itu. Sedikit sebanyak
hatinya merasa sebak
mendengar kata-kata Along.
ADI : Along… Dengar sini
sayang. Meskipun doktor mengatakan
bahawa Along sudah
tidak ada harapan,
andai itu tidak
tersurat maka ia
takkan berlaku. Mungkin dalam
doktor yang sedang
bercakap mengenai ajal
Along ni tiba-tiba
ayah yang pergi
dulu. Dalam dunia ni,
tidak ada seorang
manusia pun yang
akan terselamat dari
kematian. Tak kira siapa
pun. Doktor yang merawat
Along tu pun
akan mati. Cuma kita
sebagai hamba Allah
wajib menerima qada
dan qadarnya. Kalau ayah
tahu yang Along
nak mati sekalipun,
andai ayah bawa
lari along sejauh
hujung dunia pun,
ayah tetap tidak
mampu menghalang along
dari mati. (TERDIAM SEKETIKA) Andai Along
pergi dulu pun
tak apa, Along
jangan risau. Ayah akan
menyusul Along di
sana kelak. Mungkin Allah
timpakan Along dengan
ujian ini untuk
membersihkan dosa-dosa Along.
Adi meneruskan
ceritanya mengenai alam
akhirat kepada Along.
Andai ini tiba
masa Along untuk
pergi, dia mahu
anaknya itu mempunyai
bekal di akhirat
sana. Along mendengar dengan
khusyuk setiap apa
yang diceritakan oleh ayahnya. Sesekali Along
menatap wajah ayah
dengan penuh rindu. Andai
ini saat terakhirnya…
BABAK 7
Awal pagi
yang tenang di wad Delima. Tanggal 6
Ramadhan bersamaan 1421
Hijrah. Wajah Along tampak
ceria pagi itu. Along
segera menggamit Adi
untuk diajak berbual.
ALONG : Ayah,
bila along dah
tiada nanti, abah
tolong sampaikan pesanan
Along ni kepada
semua ye. Pesan kepada
adik-adik yang Along
sayangkan mereka. Jangan pernah
sesekali tinggalkan solat,
jaga aurat dalam
berpakaian dan jaga
agama dengan baik. Kirim
salam buat semua
kawan-kawan ayah yang
banyak tolong Along. Kirim
salam buat semua
ahli keluarga kita,
sepupu, sedara dan
semua yang pernah
datang melawat Along. Katakan pada
mereka yang Along
minta maaf dan
minta mereka halalkan
makan minum Along
ye ayah. (TERSENYUM MESRA)
ADI : (MULA
MERASAKAN SESUATU) Insya Allah
ye sayang. Akan ayah
cuba sampaikan setiap
pesanan Along itu. Terima
kasih Along sebab
dah jadi anak Ayah.
Ayah bangga pernah
menjadi ayah kepada
Along. Along ingat pesanan
Ayah, andai saat
itu tiba, jangan
lalai dan tergoda
akan hasutan syaitan. Jangan lupa
pada Allah ye
sayang. Dari Dia kita
datang dan kepada
Dia juga kita
kembali.
Along membalas
kata-kata ayah dengan
senyuman yang penuh
makna. Kepalanya dianggukkan perlahan.
BABAK 8
Tepat jam 12.20 tengah
hari, 6 Ramadhan
bersamaan 1421 Hijrah,
sedang para lelaki
sedang bersiap-siap hendak
menunaikan solat Jumaat,
Along tiba-tiba tenat
dipembaringannya. Semua ahli keluarga
terdekat berkumpul mengelilingi
katil Along. Adi dan
Mazura berada di
kiri dan kanan
Along. Dipeluknya Along dari
belakang. Along meminta disuakan
air zam-zam ke
mulutnya. Disedutnya
perlahan-lahan. Hampir
sebotol air zam-zam
diminum oleh Along.
ALONG : Ya
Allah Ya Tuhanku, Kau
ampunkanlah segala dosaku. Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.
Tiba-tiba Along
diam dan tidak
bersuara. Matanya yang tertutup
rapat menyebabkan mereka
yang lain menganggap
bahawa Along sudah
pergi. Tiba-tiba Along bersuara.
ALONG : Ayah… Along
minta maaf ye. Ampunkan
segala dosa Along. Halalkan makan
minum Along.
AYAH : Ayah
ampunkan segala dosa
Along ye sayang. Ayah
halalkan makan minum
Along selama abah
hidup bersama along. Ayah
pun minta maaf
atas segala salah
ayah selama ayah
menjaga Along.
ALONG : Along
ampunkan Ayah. Ibu, Along
minta ampun ye. Ampunkan
segala dosa Along. Halalkan segala-galanya ye
ibu. Halalkan makan minum
Along.
IBU : Ye
sayang. Ibu ampunkan segala dosa
Along. Ibu halalkan makan
minum Along. Ibu halalkan
setiap titik susu
ibu pada Along.
Along tersenyum. Along menutup
matanya rapat. Sehinggalah beberapa
saat kemudian, nadi
Along sudah berhenti
dari berdenyut lagi. Kelihatan birai
mata Along yang
basah diseka oleh
ayah. Dahi Along dikucup
lembut. Tepat Jam 12.35
tengah hari Along
pergi buat selama-lamanya.
TAMAT
![]() |